Tatacara Perintah berkurung di timur Sabah 2014

Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran jika tidak mematuhi arahan perintah berkurung, mereka akan ditangkap mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Perintah ini selari dengan langkah mewujudkan laluan yang telah ditetapkan. Seramai 330 keanggotaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 350 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digerakkan dalam tempoh 48 jam.[2] Pesalah boleh didakwa dan dihukum denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga Jeti Tawau. Ia bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika yang meliputi kawasan seluas 121,270 batu nautika persegi.Orang awam hendaklah menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan.

Sekatan bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi.Pos kawalan Polis Gerakan Am dibina di beberapa tempat seperti di Pulau Mabul, Pulau Kapalai dan Pulau Singamata dekat Semporna. Enam daerah di Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) berkuat kuasa serta-merta iaitu Tawau, Sandakan, Semporna, Kinabatangan, Beluran dan Lahad Datu.Kawasan terlibat seluas 121,272 batu persegi.[3]

Kesemua aset dan tentera ditempatkan di sana.Kapal KD Bunga Emas 5 di Kota Kinabalu digerakkan ke sana.KD Bunga Emas 5 akan menjadi markas utama yang akan menempatkan penguat kuasa dari pelbagai agensi yang bertugas di Pantai Timur Sabah.Kapal frigat KD Lekiu, kapal superlink juga diarahkan ke sana. [4] KD Lekiu akan ditukar dengan KD Jebat dari Lumut.

'Kuasa menembak' masih tergantung kerana ramai pihak bimbang akan menganiayai orang yang tidak terbabit. Di sana banyak kampung air , nelayan yang menggunakan bot pam mencari rezeki.Bekas Perdana Menteri ,Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan selagi ada kampung air, pencerobohan, keganasan dan penyeludupan akan berleluasa. Contohnya pencerobohan pengganas Sulu semasa Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 dan insiden serangan di Pulau Mabul.

Bot pam yang digelar 'raja lautan', bersaiz kecil, laju selain mudah menyelinap di kawasan berbakau serta air cetek. Penggunaannya didakwa banyak menyumbang kepada aktiviti penyeludupan, bom ikan, pemerdagangan manusia dan pelbagai jenayah marin lain.

Kerajaan negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan dicadangkan membina landasan untuk helikopter (helipad) di Pulau Bum-Bum, Semporna bagi tujuan respons pantas ke atas sebarang ancaman. [5]